Sunday, March 18, 2012

bila cerekarama bermula

Aku bingung dengan dunia
Aku keliru dengan perasaan sendiri
Apa ada dengan rengusan dalam hati
Sedang senyum itu masih setia terlakar indah di hujung bibir
Itukah hipokrisi?
Adakah itu tanda ketidakjujuran
Dalam cubaan mengenali dunia?

Manis bicara belum tentu semanis nawaitu
Indah senyum bukan penentu bahagia itu sudah ketemu
Redup pandang itu tiada jaminan kekal untuk selama

Aku ini insan kerdil
Yang cuba mencari hidup
Yang cuba capai mimpi
Walau masih tergapai longlai

Benar lingkung hidup aku masih kecil
Benar pengalaman survival belum cukup dalam diri
Namun aku yakin tentang satu hal.
Aku kenal aku
Aku tahu aku payah untuk hampakan orang lain,
Apatah lagi insan yang bergelar rakan
Tempoh singkat telah menyatukan tautan utuh
Kerana tautan yang aku pegang kukuh itulah
Jadi penguat untuk aku terus kekal di situ
Walau hati terus meronta minta pergi
Walau akal menjerit pinta angkat kaki.
Tak sanggup rasanya untuk tinggalkan situ
Tinggalkan kalian terpinga-pinga kelu
Ya, aku mampu lakukan semua itu
Aku boleh terus bangun dan berlalu
Tanpa perlu lagi kembali
Namun, tautan kukuh itu harus dijaga
Itu adab yang diserap sejak kecil.

Sahabat,
Maaf aku buat kau risau tak tentu arah
Sedang kau sibuk uruskan hal yang jauh lebih penting
Aku tahu aku patut faham komitmen penuh kau
Maaf aku tak patut buat panggilan itu
Sedang kau jelas-jelas sedang membuat tugasan penting

Tapi,
Aku tak mampu tanggung sendiri
Perasaan geram yang tertahan akhirnya tumpah
Ternyata aku tak suka diperlaku sebegitu
Entah kenapa aku rasa tertipu dengan helah
aku sendiri keliru kenapa tindakan sebegitu yang aku ambil
sedang akal jelas berputar memberi penjelasan logik
aku tinggalkan situ dengan senyum
namun makin laju aku menjauh,
makin laju tubir mata ini retak berderai
bila dengar kata maaf yang terluah dari kau
hati aku makin sayu
kata-kata aku terbang hilang melayang
aku mahu katakan itu bukan silap kau, bukan salah sesiapa
aku mahu luahkan kata geram cuma
namun entah kenapa reaksi drama queen itu yang aku pilih antara semua
maaf kalau buat kau risau
maaf kalau buat kau terkecil hati dengan sendu aku
badan aje J tapi hati aku S
hahahahaha :DD

No comments:

Post a Comment