Saturday, January 5, 2013

and with this, i bid you goodbye.


tinggal beberapa ketika saja lagi sebelum munculnya detik esok.
sebelum tibanya hari Ahad.
sebelum bertukarnya tarikh kepada 6 haribulan.

mengikut kata kamu,
esok kamu akan berangkat pergi
keluar dari Malaysia
terbang tinggi,
pergi jauh tinggalkan sini.
jauh dari family,
jauh dari rakan taulan, sahabat handai
jauh dari aku?
hahaha

perginya kamu untuk menuntut ilmu
perginya kamu untuk menambah tahu
terbang merentasi awan tinggi
terbang lama sebelum mampu untuk kembali.

apapun yang jadi
ingatlah tentang aku disini
yang sentiasa mendoakan
hanya yang terbaik, tiada lain.

apapun yang terjadi,
ingin aku ungkap
terima kasih berkali kali
kerana sudi hadir dalam hidup
kerana sudi curahkan kasih sementara cuma
kerana sanggup usir lelah
saat dibelenggu dalam sunyi aku.

terima kasih juga untuk kesejuta kalinya
kerana buat aku merasa nikmat disayangi
kerana buat hati aku berbunga hanya dengan kehadiran kamu di sisi.
walau semua itu hanya untuk seketika cuma.

selamat aku ucapkan.
selamat segala galanya
moga kamu berbahagia di sana
moga kamu peroleh segala

*abang,
belajar elok elok ye.
bukan senang nak buat Syariah Law kt Kaherah tuh.
dah dapat peluang hebat macam nih, harap jangan disia siakan hendaknya.
i wish nothing but only THE BEST FOR YOU.

may all went well.
may your journey will be blessed.
may your study will be a blast.
may you have anything that you may have want and deserves.

i'll pray for your safety,
i'll pray for you to be healthy,
but above all of this,
i'll pray for you to be happy.
*even it is without me =)
kihkihkih

so, this is a farewell, then. 


Study well, Study Smart
Study, study but never too hard.


sincerely, was yours, 
Sofia.