Thursday, December 15, 2011

secebis dari hati

ini untuk lelaki pertama itu
ini untuk lelaki terhebat milik aku
ini untuk superhero, penjaga setia aku


situasi setiap kali dalam telefon :
makan dah ? jangan tak makan duk sana .
macam mana study ? good news ke bad news ??
duit ade lagi ke tak ? jangan tunggu bila takde baru nak bagitau .


pelik tak kalau aku simpulkan
bahawa tiap kali ayat - ayat ini terpacul, ia mampu buat aku tersenyum sendiri
walau nada suara itu lurus, namun terkesan percikan keprihatinan yang tulus
walau mendatar cuma, namun perasaan gembira itu dapat aku tangkap dari halwa telinga


Lelaki ini
is a man of few words
but is hopelessly romantic !
bagaimana aku tahu ?
pernah sekali
aku terbaca sepotong puisi yang dikarang khas buat kekasih hatinya
yang kini lesap , entah mana letaknya
tersentuh aku membaca luahan hati lelakinya 
yang ternyata bersyukur dengan 
kesudian sang kekasih menerima diri
yang serba kekurangan
walau tidak mampu dihulur kemewahan, dihidang kesenangan
namun cinta mereka utuh, kekal erat hingga sekarang .
* ok mak , ngah tau mak dah sorok surat tuh kann ?? hikhikhik


Lelaki ini ,
suka cari salah silap aku
pernah aku dikritik kerana tak tahu masak nasi goreng sehebat kekasihnya
juga kerana membancuh kopi yang lansung tak pekat pada tekaknya
dan teh tarik yang kurang keruhnya
sedepa muncung anak ini tiap kali ditegur
terasa usaha yang dilaku tidak langsung dihargai
* but we all knew it's never true , right =)
ingat senang ke nak goreng nasi sesedap mak? payah woo
ngah pulak tak suka minum kopi pekat - pekat sangat , Pahit
teh tarik itu memang aku sedar , silap aku : p

ayatnya tiap kali hanya ,
" cuba tengok mak buat macam mana ."

hasilnya kini ???

tiap kali teringinkan nasi goreng , aku yang ditunjuk untuk ke dapur
bukan satu , tapi tiga uncang kopi yang aku letak dalam teko
teh tarik ?? lagi laa hebatt !!! hahahahaha *isi bakul , angkat sendiri , inilah gayanyeee




mungkin kata ini jarang terungkap ,
mungkin juga ayat ini kurang diluah ,
namun ketahuilah
anak ini sayangkan ABAH


Lelaki ini

aku jeritkan sebagai lelaki pertama aku kerana
sebelum munculnya sang arjuna jiwa ,
yang mula aku kenal adalah wajahnya .

aku katakan hebat kerana
keupayaannya membesarkan 3+1 anak yang nakaldegilmanjamengada
*tapi yang nombor dua selalu baik ajee , kan abah .. heeheee

aku bilang superhero, penjaga setia
atas segala pengorbanan dan letih lelahnya
yang hanya manusia hebat mampu lakukan
yang sanggup berjaga sepanjang malam
demi memastikan anak - anak mendapat lena yang damai




Lelaki ini
jadi kebanggaan buat anak ini
abah tau tak ,
bila ngah tengok abah dukung , belai , gurau dengan si cekodok tuh
i felt like i was watching a flashback movie of myself .
and somehow, i'd cried when she called you "ABAH" for the first time
SubhanaAllah .. hebatnya ciptaan Allah .
nikmatnya dapat melihat dan mamahami situasi sebenar membesarkan anak kecil
bagaimana abah bangun dalam mamai tengah malam untuk membuat susu
bagaimana abah tidur sambil memangku cekodok yang tak sihat
juga bagaimana abah hilangkan selsema dengan cara unik itu .

terima kasih , ya Rabbi
kerana kurniakan anak kecil itu dalam keluarga kecil milik kami
si little wonder itu telah buat aku sedar akan kesungguhan  dua insan hebat ini

terima kasih Allah
kerana hadiahkan aku insan terhebat ini
yang tiada galang ganti
satu cuma ,
Hati Abah, juara satu seluruh dunia
: )

Friday, December 9, 2011

:: pusing 6 ::

the day has come.
Fitness Test Kesatria 1. 








enam kali pusing padang kawad.
enam kali pusingan sambil lenguh kaki.
enam kali pusingan yang buat aku sesak nafas.
enam kali pusingan berjaya dihabiskan !! =)

*mak, anak mak nih dah makin kuat.
dah boleh buat enam pusingan tuh sampai abes.
hahaha =D

p/s walaupun rasa macam dah nak putus nafas tadi.
but i'm not given up at all.
i know i can do this. absolutelyyy !! *jerit yakin 
hekhekhek

BY THE WAY
tahniah buat mereka-mereka yang dapat balik umah minggu nih ye.
have fun with your loved ones.
*sakit mata tgk sume duk angkut beg2 blik kampung.
tak mengapa laa. bia aku tlong jge kesejahteraan USA nih utk korang ye.
**ayat org yang xdpt balik Mentakab, macam nih laa -,-'


HAPPY HOLIDAYY !!
special dari padang kawad *wink2






Wednesday, December 7, 2011

left, U.n.S.p.o.k.e.n


ini buat kau yang bernama cinta
ini lagu untuk kau
sejak dulu
sampai bila bila


tarikh ini, 7 Disember 2010

bermula satu kisah
yang kian mekar indah
dan terus-terusan memberi
rasa bahagia buat si hati

tentang permulaan bahagia aku
dengan kemunculan diri kamu

hadir kamu mengundang seribu rasa
munculnya figura kamu
mampu membuat jantung ini berlari laju

hari ini, setahun yang lepas
pertama kali kita bertegur sapa tanpa kata
pertama kali kita hantar pesan tanpa suara
*senyum
ya.
setahun lepas
kenangan yang terlalu manis untuk aku 
memori semalam itu terlalu istimewa buat aku



apaapapun
terimakasih.

kerana pinjamkan sedetik masa kamu
buat aku kenali erti bahagia itu
kerana hulurkan secebis masa sibuk kamu
untuk melayan kerenah gila aku
kerana menjadi kamu yang aku kenali
kerana buat aku tersenyum dengan setiap tingkah itu

setiap momen indah,
pahitmanis, dukasuka,
akan aku simpan semua itu
jauh dalam relung hati aku
namun . . . .
biarkan aku genggam erat kenangan manis itu
untuk dijadikan kekuatan untuk terus hidup
izinkan aku terus mainkan momen-momen indah itu
dalam kotak pikir aku
sebagai pengganti hari-hari sepi aku
biarlah semua yang pernah ada antara kita
aku jadikan monumen indah milik kita
untuk aku tatap saban hari 
sebagai pengganti hadir kamu
yang takkan mungkin tiba. 






tamat.