Thursday, January 19, 2012

it's a celebration

Ini untuk dia.
Ini untuk segalanya.

Hari ini, bertambah lagi satu angka dalam ruangan umur kan?
J
 Hari ini sudah genap 5 dekad
Alhamdulillah, moga terus mendapat curahan rahmat Illahi
Dan peroleh keberkatan hakiki hingga akhirnya

Abah,
Terima kasih untuk segala tunjuk ajar itu
Terima kasih untuk setiap curahan kasih yang tulus
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.

Ternyata,
Tiada ayat yang sempurna mampu disusun
Untuk menerangkan erti sebenar perasaan
Apa yang kakngah tau, dan kakngah nak abah ingat,
Anak ini sayang abah, SANGAT-SANGAT


*tersenyum

Apa lagi yang boleh anak ini ucapkan
Selain ribuan ‘terima kasih’ yang bertalu
Walau mungkin tak cukup
Namun, percayalah, ia terbit dari hati

Pabila ditanya apakah ganjaran untuk hari istimewa ini
Sambil tersenyum bersama garis tua di dahi,
“Apa lagi yang mahu dipinta?
Sedangkan apa yang ada ini sudah lebih dari memadai..”