Thursday, December 15, 2011

secebis dari hati

ini untuk lelaki pertama itu
ini untuk lelaki terhebat milik aku
ini untuk superhero, penjaga setia aku


situasi setiap kali dalam telefon :
makan dah ? jangan tak makan duk sana .
macam mana study ? good news ke bad news ??
duit ade lagi ke tak ? jangan tunggu bila takde baru nak bagitau .


pelik tak kalau aku simpulkan
bahawa tiap kali ayat - ayat ini terpacul, ia mampu buat aku tersenyum sendiri
walau nada suara itu lurus, namun terkesan percikan keprihatinan yang tulus
walau mendatar cuma, namun perasaan gembira itu dapat aku tangkap dari halwa telinga


Lelaki ini
is a man of few words
but is hopelessly romantic !
bagaimana aku tahu ?
pernah sekali
aku terbaca sepotong puisi yang dikarang khas buat kekasih hatinya
yang kini lesap , entah mana letaknya
tersentuh aku membaca luahan hati lelakinya 
yang ternyata bersyukur dengan 
kesudian sang kekasih menerima diri
yang serba kekurangan
walau tidak mampu dihulur kemewahan, dihidang kesenangan
namun cinta mereka utuh, kekal erat hingga sekarang .
* ok mak , ngah tau mak dah sorok surat tuh kann ?? hikhikhik


Lelaki ini ,
suka cari salah silap aku
pernah aku dikritik kerana tak tahu masak nasi goreng sehebat kekasihnya
juga kerana membancuh kopi yang lansung tak pekat pada tekaknya
dan teh tarik yang kurang keruhnya
sedepa muncung anak ini tiap kali ditegur
terasa usaha yang dilaku tidak langsung dihargai
* but we all knew it's never true , right =)
ingat senang ke nak goreng nasi sesedap mak? payah woo
ngah pulak tak suka minum kopi pekat - pekat sangat , Pahit
teh tarik itu memang aku sedar , silap aku : p

ayatnya tiap kali hanya ,
" cuba tengok mak buat macam mana ."

hasilnya kini ???

tiap kali teringinkan nasi goreng , aku yang ditunjuk untuk ke dapur
bukan satu , tapi tiga uncang kopi yang aku letak dalam teko
teh tarik ?? lagi laa hebatt !!! hahahahaha *isi bakul , angkat sendiri , inilah gayanyeee




mungkin kata ini jarang terungkap ,
mungkin juga ayat ini kurang diluah ,
namun ketahuilah
anak ini sayangkan ABAH


Lelaki ini

aku jeritkan sebagai lelaki pertama aku kerana
sebelum munculnya sang arjuna jiwa ,
yang mula aku kenal adalah wajahnya .

aku katakan hebat kerana
keupayaannya membesarkan 3+1 anak yang nakaldegilmanjamengada
*tapi yang nombor dua selalu baik ajee , kan abah .. heeheee

aku bilang superhero, penjaga setia
atas segala pengorbanan dan letih lelahnya
yang hanya manusia hebat mampu lakukan
yang sanggup berjaga sepanjang malam
demi memastikan anak - anak mendapat lena yang damai




Lelaki ini
jadi kebanggaan buat anak ini
abah tau tak ,
bila ngah tengok abah dukung , belai , gurau dengan si cekodok tuh
i felt like i was watching a flashback movie of myself .
and somehow, i'd cried when she called you "ABAH" for the first time
SubhanaAllah .. hebatnya ciptaan Allah .
nikmatnya dapat melihat dan mamahami situasi sebenar membesarkan anak kecil
bagaimana abah bangun dalam mamai tengah malam untuk membuat susu
bagaimana abah tidur sambil memangku cekodok yang tak sihat
juga bagaimana abah hilangkan selsema dengan cara unik itu .

terima kasih , ya Rabbi
kerana kurniakan anak kecil itu dalam keluarga kecil milik kami
si little wonder itu telah buat aku sedar akan kesungguhan  dua insan hebat ini

terima kasih Allah
kerana hadiahkan aku insan terhebat ini
yang tiada galang ganti
satu cuma ,
Hati Abah, juara satu seluruh dunia
: )

No comments:

Post a Comment