ini buat kau yang bernama cinta
ini lagu untuk kau
sejak dulu
sampai bila bila
tarikh ini, 7 Disember 2010
bermula satu kisah
yang kian mekar indah
dan terus-terusan memberi
rasa bahagia buat si hati
tentang permulaan bahagia aku
dengan kemunculan diri kamu
hadir kamu mengundang seribu rasa
munculnya figura kamu
mampu membuat jantung ini berlari laju
hari ini, setahun yang lepas
pertama kali kita bertegur sapa tanpa kata
pertama kali kita hantar pesan tanpa suara
*senyum
ya.
setahun lepas
kenangan yang terlalu manis untuk aku
memori semalam itu terlalu istimewa buat aku
apaapapun
terimakasih.
kerana pinjamkan sedetik masa kamu
buat aku kenali erti bahagia itu
kerana hulurkan secebis masa sibuk kamu
untuk melayan kerenah gila aku
kerana menjadi kamu yang aku kenali
kerana buat aku tersenyum dengan setiap tingkah itu
setiap momen indah,
pahitmanis, dukasuka,
akan aku simpan semua itu
jauh dalam relung hati aku
namun . . . .
biarkan aku genggam erat kenangan manis itu
untuk dijadikan kekuatan untuk terus hidup
izinkan aku terus mainkan momen-momen indah itu
dalam kotak pikir aku
sebagai pengganti hari-hari sepi aku
biarlah semua yang pernah ada antara kita
aku jadikan monumen indah milik kita
untuk aku tatap saban hari
sebagai pengganti hadir kamu
yang takkan mungkin tiba.
tamat.
No comments:
Post a Comment