ini IRIS SOFIA |
bulan JUN, genap 8 bulan
tapi pkai saiz bju tak penah kurang dri umur 1 thun..
dia sepatutnya dah belajar merangkak
tp advance! trus pandai duduk
*malas nak merangkak katanye
dia sepatutnye tumbuh gigi kapak
tapi gigi taring dulu yang terkeluar
bila ingat kat dia
mesti aku tersenyum
telatah dia yang kadang2 menjengkelkan
buat sayang aku makin mencurah-curah mcm air terjun
cara dia gelak, gaya dia melentok kat bahu aku
jerit manje bila dtg angin dia, muke buruk y dia buat tiap kali disuap makanan
semua tu,
buat aku tersenyum... =)
buat aku sedar
betapa indahnya makhluk yang Allah cipta ini
betapa agungnya rahmat sang Illahi
saat Dia bagi kami satu kegembiraan milik hati
dia jadi perhatian dalam keluarga kecil ini
dia jadi pencetus senyum antara kami dengan lagak aksinya yang tersendiri
dia buat kami turut tergelak tiap kali tengok dia ketawa
dia wujud suasana hidup dalam astana kecil kami, penuh riang ria
it's amazing how a small wonder can make extraordinary things to happen in life =) |
aku ingat masa mula2 dia hadir dalam keluarga kecil ini
mak dan abah jadi orang paling bahagia
tiap kali aku lihat mak mendukung adik atau abah memeluk kejap bayi kecil itu
minda aku seolah mentafsir, inilah keadaannya dulu
inilah cara mak abah menjaga aku, bersama abang dan adik
penuh kasih, bersama jutaan sayang, hingga tidak dibenar walau seekor nyamuk datang hampir
ibarat prebiu filem lama, kotak fikiran aku seakan merakam momen indah itu,
biar terus lekat dalam memori aku
tak mahu padam, biar kekal.
si lesung pipit |
No comments:
Post a Comment