Sunday, November 25, 2012

:: SENYUM INDAH ::



QUOTED : 
Wajah tenang, bibir mengukir senyum
Hati menangis tak bersuara.
Biarlah yang menangis itu HATI
dan biarlah yang tahu itu hanya
ALLAH =)


kena yakin, 
tiap yang berlaku dalam hidup
ada sebabnya.

setiap ujian yang menimpa
bertujuan untuk mengingatkan jangan mudah alpa,
melalui permasalahan 
itulah hadirnya kedewasaan




sudah menjadi LUMRAH ;

dugaan itu membuatkan kita terngadah
tentang sesuatu yang sebelum ini dianggap mudah. 



lalu untuk apa kita tersenyum 
walau dugaan hidup menghimpit relung jiwa?
untuk apa ukiran senyum tipis
yang seolah tidak mendatangkan sebarang solusi bernas?


jawabnya mudah ;

why not ! 




:: bukankah melalui senyum itu :: 
mampu mengajar hati supaya sentiasa bersangka baik
selain mampu mengajak bibir lain turut sama tersungging 
dengan senyum manis walaupun sedetik cuma. 


melalui kesakitan itu 
ALLAH melatih kita untuk bersabar.
melalui sunyi
ALLAH menguji keikhlasan hambaNYA.
apa yang ALLAH ambil dari kita 
bukanlah untuk menganiaya
bahkan bertujuan untuk
menggantikan dengan sesuatu yang 
jauh lebih baik untuk kita. 



have Faith in HIM.
assalamualaikum 
=)




Tuesday, November 20, 2012

i will forget you, right now.




starting today.
starting now.
i'll forget you.



dear you,
terima kasih untuk kenangan sedetik dulu.
terima kasih kerana hadiahkan bahagia seketika itu.


tapi, 
cukuplah sampai sini.
cukup setakat sini.
hati dah letih.

panggilan tadi buat telahan selama ini mekar dengan kebenaran yang kian pasti.
panggilan tadi buat hati betul-betul yakin. 
akan satu hakikat tentang perihal kita yang samar.


yakinlah, 
Allah itu Maha Mengetahui
DIA lebih tahu baik buruk sesuatu hal yang tertimpa keatas hambaNYA.


inilah titik penghujung penantian kelam
yang hampir 3 purnama kau membisu
inilah penamat 'iklan' hidup 
This Is It.
antara kita takkan ada apa-apa lagi 
kita, PUTUS