Wednesday, November 30, 2011

rumah sakit !

15 November 2011
        hingga
30 November 2011


15 hari ??

tapi kenapa aku dah rasa macam 
lama sangat??




sangah rindu yiyih.
sangah rindu rumah.
sangah rindu sume.

can i go home?
, please take me home..
:(

imissyousooomuch


dengar suara dalam telefon tuh
belum cukup untuk hapuskan rasa nih
kiss untuk sangah dalam telefon tuh
belum mampu buang rindu ini pergi.

hanya satu ubatnya
bawak sangah balik mentakab, pleaseee 



Saturday, November 19, 2011

apa pun yang terjadi,


hadapi setiap satu dugaan itu,
haruslah dengan senyum dan hati tabah.

  bukankah sang pujangga itu ada bermadah,
"balasan terbaik yang boleh kita berikan pada si musuh adalah bahagia"

when the whole world give you a hundred reason to break down and cry,
show them that you have a million reason to smile.


jadi,
  cukuplah dengan kisah duka
tutuplah ceritanya semalam.
    bungkuskan senyum kelat itu
 lontar jauh ke dalam lembah terdalam
   agar jangan pernah kembali menjengah relungnya si hati;

  ciptakan kenangan manis
terbitkan bibit-bibit zaman termanis itu
  tertawalah, gembira sepenuhnya
 gapai setiap mimpi dan cita dengan senyum yakin milikmu

yakinlah.
yakin.
have faith and a little hope 
=)


Saturday, October 22, 2011

sekuat Tiger !

ceritera petang semalam
kisah tentang hujan lebat
cereka kisah letih.

petang Jumaat,
seperti selalu jumaat
kaki ini akan melangkah layu ke padang kawat
untuk penuhi jamkredit kokurikulum aku

pertama kali ke sini,
gugup itu pasti.
namun perasaan itu pergi bila berhadapan dengan cikgu y 'gilakentang'
perlahan-lahan, rasa gementar itu hilang jauh.



sejak minggu lepas,
bila si pelajar mula ambil alih peranan si cikgu
rasa gugup yang disangka menjauh dulu,
kini mula menjengah, mencari ruang untuk kembali

: /


aku faham niat kamu,
hanya mahu ditegur silap kami
yang seakan tidak serius dalam hal semalam
hanya nasihat seorang abang kepada adiknya
yang masih dalam mood maen-maen. 


tapiii kannn... 


aku ini anak yang mudah gelabah, gugup bila dimarah
aku ini anak yang lekas rimas dengan nada tinggi yang dihujani atas aku
aku ini anak yang senang nangis bila diherdik laju
namun hanya jika benar aku y punya salah !


jadi,
janganlah gunakan nada tinggi itu pada aku
tak perlu juga kata-kata kasar itu terluah, terbit dari ulas bibir
cakap pun saya dah faham *ikut dialog awie dlm filem 'cuci' tuh 


jangan risau ye.
lepas nih, takkan muncul lagi senyum itu dari aku
aku akan pastikan itu.


maaf.


sepanjang perjalanan balik dalam renyai,
kepala aku tak habis-habis sebut ayat berulang kali
"Allah takkan uji aku dengan ujian y tak mampu aku lakukan"

takkan.
takkan.
takkan.

ertinya cuma satu,
aku MAMPU untuk lakukan semua ini
aku BOLEH hadapi semua dugaan kecil ini
ternyata aku mampu, boleh !! 
yeaaahhh !!!!!

maaf sekali lagi ye.
0-0 ok?! 
=)
*eh, tersenyum plak = ='

Friday, October 7, 2011

me miss cekodok.

sedar tak sedar,
dah 16 hari sejak ulangtahun awak.

sedar tak sedar jugak,
dah cukup 15 hari saya kat sini.

maksudnyeee...
dah 15 hari saya bangun tanpa dengar awak
15 hari saya tidur tanpa tatap wajah awak
dan dah 15 hari saya lalui tanpa lihat lekuk tepi bibir tu.

suara dalam telefon,
gelak tawa itu
belum mampu hapuskan rindu ini
walau kita gayut almost every single day,
walau awak dah boleh sebut "bye,bye" dengan jelas,
walau awak selalu kiss gamba saya kat phone,
tapi semua itu tak cukup,
belum cukup buat saya.

cekodok,
awak behave tau kat tempat baru tuh.
jangan laa lasakdegil sangat.
kesian kat Cik Noor.
=)

cekodok, saya ingat nak call awak malam nih,
tapi saya terus batalkan niat bila tengok jam dah pukul 10 mlm.
mesti awak dah tidur kann.. mesti awak dah lena.
*sweet dream, love.
marah ke..?? ;P


cekodok,
bangun pagi esok dengan senyum manis tu tau !
bangun pagi esok dengan harapan untuk jumpa saya tau !!



cekodok.
jangan besar cepat sangat
boleh tak??
saya belum puas maen gaduhmanja dengan awak.
mengunyap je kejenyee.. = = ' 


tunggu saya kat rumah esok. =))
btw, esok sangah balik jumpe yiyih tau !
tunggu sangah kat umah ye, dengan kek belated birthday sangah, only from Secret Recipe ok.
*please take note. huahuahau

demand sangat kakngah ni kann..?? hahaha
*bia laa ! huh. 

shah alam !




kenalkan, ini rumah baru aku.

ini persekitaran aku.

mother ship UiTM  =))



varsity life?

how can i sum  things up eek?

hectic. self-reliance.

laen sangat dengan zaman Asasi dulu

it's been three weeks,

but all that's in mind, HOME.




oh, btw,
did i mentioned 
i'm one of the MT of Melati's College??
heeheehee 

say, me ! 


okbye.



*dari tingkat 4 Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP)

Saturday, September 24, 2011

Dunia Baru

baru tiga hari, tapi rasa macam dah tiga minggu.
*ok, melampau
hahaha

status aku?
skang : kelam kabut

jenuh nak adapt dgn environment baru nih.
letih naek turun 'tangga kejayaan' tu hari-hari
*maklumlaa, fakulti duk atas 'puncak kecemerlangan'. haha kau ade??

sampai skang, everything still blurr..
everything still new..
everything is soo different.
terlalu berbeza, hingga buat aku makin rindukan suasana damai kat kampus Kuantan dulu.

well, the good part is,
dapat kumpul blik with my girls!! lepak semalam, mcm dulu-dulu
*walau pon xcukup kouta, but still ok pe!
sayang-sayang yang laen, aku rindu korang sesgt! harap sgt kita dpt kumpul sme2 mcm dulu. =)

okbye.

Thursday, September 15, 2011

hadiah yang terindah

TAHNIAH!




thanks oppa! saranghae!! <3'
makabah, kenalkan.. = P

tiada lain yang mampu aku ucap,
selain menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi
atas rezeki yang diperolehi

terima kasih ALLAH.
terima kasih.
=)

ayat dukacita yang dilempar oleh encik UPU dulu,
hanya untuk beri aku lebih peluang untuk
habiskan masa senggang yang tersisa bersama keluarga
ayat dukacita dulu,
buat aku jadi lebih kuat hadapi sebarang kekesalan dalam hidup
dukacita itu,
buat aku bertambah yakin akan ketentuan Ya Rabbi
serta kemanisan yang terbit dari debu kekalahan itu

sejak dukacita dulu,
berderu airmata kekhilafan telah tumpah
sampai lelah cuba menjelaskan perihal dukacita aku
menderu wajah sayu menjengah mata
serta senyum sayu sekalian alam
yang seolah turut sama merasa pedih 

sekarang,
terima kasih, ALLAH
kerana anugerahkan senyum manis mak abah itu pada aku
itulah hadiah terindah buat anak mak abah yang lambatmakandanselalutakutlintasjalan nih
=)

lepas nih pulak..
sangah dah tak boleh bangun lambat dah
sangah dah tak boleh dengar ayih ketuk pintu bilik dahh
sangah dah tak boleh guraumanjasampainanges dengan alip
sangah tak boleh lepak tiap-tiap hari kt umah qemal, maen dengan yaya
o_0'

ok, cukup.
xmo feeling2 sgt. xmo2.

BTW, selamat hari MALAYSIA buat semua!