Tuesday, November 20, 2012

i will forget you, right now.




starting today.
starting now.
i'll forget you.



dear you,
terima kasih untuk kenangan sedetik dulu.
terima kasih kerana hadiahkan bahagia seketika itu.


tapi, 
cukuplah sampai sini.
cukup setakat sini.
hati dah letih.

panggilan tadi buat telahan selama ini mekar dengan kebenaran yang kian pasti.
panggilan tadi buat hati betul-betul yakin. 
akan satu hakikat tentang perihal kita yang samar.


yakinlah, 
Allah itu Maha Mengetahui
DIA lebih tahu baik buruk sesuatu hal yang tertimpa keatas hambaNYA.


inilah titik penghujung penantian kelam
yang hampir 3 purnama kau membisu
inilah penamat 'iklan' hidup 
This Is It.
antara kita takkan ada apa-apa lagi 
kita, PUTUS 



Sunday, October 21, 2012

debat purnama


Dalam hening malam kelam
Akal seolah meminta sajak si bulan
Yang setia di dada langit kelabu          
tanpa mengisahkan terang sinarnya
atau suram cahayanya.

Si kerdil mula mendongak, menongkat dagu
Dengan mata terus lekat pada sinar yang berbatu-batu jauhnya
Akal si kerdil menyangkah,
Untuk apa ditenung sesuatu yang tidak membawa apa-apa makna bererti?
Tenunglah hingga ke pagi,
Tataplah sepuas hati,
Namun sang bulan tetap akan terus kekal di langit hitam,
Takkan berubah fitrahnya.

Bibir tersungging senyum tipis dengan jawab lembut si hati,
Bukankah sang purnama itu salah satu daripada ciptaan Sang Pencipta Alam?
Kenapa tidak kita merenung bulan?
Kenapa tidak kita tatap sepuas hati?
walau tanpa kehadiran para bintang berkelipan
namun si bulan masih mampu membuatkan hati menjadi damai.
Hanya dengan merenung sinar kelam itu,
Sudah cukup untuk hilangkan gundah dalam hati nan lara,
Betapa indahnya ciptaan Illahi.
Betapa ruginya kita, kerana tidak mampu menikmati ciptaan seindah itu.
SubhanaAllah!



ketidaksempurnaan itulah yang sempurna ^^,

Tuesday, October 9, 2012

i do... not?







to be or not to be.
that is the question that need a solid answer.

but, do i have one?
** silent **



genap hari nih.
genap 3 minggu diam tanpa bunyi.

sebab? motif?? punca???
tak tahu. entah. blank.


silap siapa?
* angkat bahu *

salah aku? mungkin.
silap dia? maybe.


alasan?
nothing.



...................................................................................................................................................................



dear you,

maafkan saya kalau ade salah silap yang saya dah buat diluar sedar.
maafkan tiap satu khilaf saya yang buat awak terguris hati.
saya hanya manusia, yang pasti takkan dapat lari dari kesilapan

dear you,

satu saya mohon.
beri titik noktah dalam kebingungan ini.
minta akhirkan belengu dalam jiwa lara

dear you,

soalan yang sering diajukan awak dulu,
"sayang saya tak?"
ketahuilah ini.

sayang saya tak pernah padam mahupun malap
hati ini bakal awak miliki sepenuhnya bila tiba saatnya nanti

tapi sekarang, saya pula yang ingin bertanya,
"sayang saya tak?"

sebab sekarang saya buntu untuk memikirkan jawapan mutlak awak.
sebab sekarang saya buntu untuk memikirkan sebarang kemungkinan
sebab sekarang, sampai bila-bila, hanya awak dalam hati ini.


*i need you now, but you're nowhere to be found.
i search the entire universe and beyond
i shout out your name on the tallest building
i've search everywhere until i'm too tired to stand straight
i whisper your name once again, in my last breath
then i heard you whisper back,
right deep inside my heart,
right where you belong all along.

stays in my heart, please? 
sincerely yours, forever =)

p/s i love you

Surat Cinta dari Langit

All the versus in the Quran is like a personal love letters from Allah,
brought specially for us.







sama ada kita sedar atau tidak 
tentang hakikat keagungan kalam Illahi itu, 
banyak manfaat yang boleh kita ambil dari senaskah kalam suci itu. 


some versus can heals the sore of our hearts,
some can cure the pain that is unbearable,
some can even put a smile on our face.

SubhanaAllah 

yes, all of that can be found inside that little Quran.
if we only have the will to open up the pages. 


"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tersebut yang mengubah nasib mereka sendiri."




signing off for tonight. 
have a great day ahead
Assalamualaikum  =)

Monday, October 8, 2012

HariLahir

birthday.
it's supposedly to be such an happy moment, right?

hye me,
happy belated birthday.
i'm sorry for the late wishes.
it's just that we're been really busy with stuff.
but i never forget us. ever :)

20, wow !
congrats on the new number
now, we're no longer a teen but never yet to become an adult
all of these years that goes by
has teach us the greatest lesson ever,
which is how to live a life. :)

dear me,
be strong,
please.
sincerely yours.



btw, that news hurts like hell
but anyway, congrats !!
i'm happy for you.
honestly, i am ^^,


Sunday, March 25, 2012

Mr. APTB

ada apa pada setia
jika hati tidak ikhlas menerima ?
apa ada pada sayang 
kalau diri tak memahami erti sebenarnya ?

apa sebenar maksud bait kata itu
apa sebenar kata yang tersirat di balik ayat yang tersurat 
apa sebenar-benar maksud coretan 
????

tanpa apa-apa
coretan itu singgah pada si Yari
sedang kotak akal sedang kusut memikirkan tugasan 

lalu apa yang diharapkan dari semua itu?
tentu saja aku pelik
dengan tiap patah kata yang terbit 
seakan ada sesuatu yang mahu kamu jerit, 

tapi aku pilih untuk diam.
aku pilih untuk tidak campur aduk 
antara tugasan dengan perasaan 

sebab itu aku sunyi
kerana itu aku hantar bahasa sepi
dengan harapan kamu dapat memahami
diam aku ini bersebab 
rajuk aku ini pinta disembuh

kan dah bagitau dulu,
sekali saya sayang, saya sayang sungguh-sungguh 

*maaf terjiwa-jiwa pulak pagi ahad yang indah nih .
**PTAR 2, here i come !! 

Sunday, March 18, 2012

bila cerekarama bermula

Aku bingung dengan dunia
Aku keliru dengan perasaan sendiri
Apa ada dengan rengusan dalam hati
Sedang senyum itu masih setia terlakar indah di hujung bibir
Itukah hipokrisi?
Adakah itu tanda ketidakjujuran
Dalam cubaan mengenali dunia?

Manis bicara belum tentu semanis nawaitu
Indah senyum bukan penentu bahagia itu sudah ketemu
Redup pandang itu tiada jaminan kekal untuk selama

Aku ini insan kerdil
Yang cuba mencari hidup
Yang cuba capai mimpi
Walau masih tergapai longlai

Benar lingkung hidup aku masih kecil
Benar pengalaman survival belum cukup dalam diri
Namun aku yakin tentang satu hal.
Aku kenal aku
Aku tahu aku payah untuk hampakan orang lain,
Apatah lagi insan yang bergelar rakan
Tempoh singkat telah menyatukan tautan utuh
Kerana tautan yang aku pegang kukuh itulah
Jadi penguat untuk aku terus kekal di situ
Walau hati terus meronta minta pergi
Walau akal menjerit pinta angkat kaki.
Tak sanggup rasanya untuk tinggalkan situ
Tinggalkan kalian terpinga-pinga kelu
Ya, aku mampu lakukan semua itu
Aku boleh terus bangun dan berlalu
Tanpa perlu lagi kembali
Namun, tautan kukuh itu harus dijaga
Itu adab yang diserap sejak kecil.

Sahabat,
Maaf aku buat kau risau tak tentu arah
Sedang kau sibuk uruskan hal yang jauh lebih penting
Aku tahu aku patut faham komitmen penuh kau
Maaf aku tak patut buat panggilan itu
Sedang kau jelas-jelas sedang membuat tugasan penting

Tapi,
Aku tak mampu tanggung sendiri
Perasaan geram yang tertahan akhirnya tumpah
Ternyata aku tak suka diperlaku sebegitu
Entah kenapa aku rasa tertipu dengan helah
aku sendiri keliru kenapa tindakan sebegitu yang aku ambil
sedang akal jelas berputar memberi penjelasan logik
aku tinggalkan situ dengan senyum
namun makin laju aku menjauh,
makin laju tubir mata ini retak berderai
bila dengar kata maaf yang terluah dari kau
hati aku makin sayu
kata-kata aku terbang hilang melayang
aku mahu katakan itu bukan silap kau, bukan salah sesiapa
aku mahu luahkan kata geram cuma
namun entah kenapa reaksi drama queen itu yang aku pilih antara semua
maaf kalau buat kau risau
maaf kalau buat kau terkecil hati dengan sendu aku
badan aje J tapi hati aku S
hahahahaha :DD