Ini sesuatu untuk kamu
Ini sesuatu yang tercipta kerana kamu
Bingkisan indah ini aku ukirkan buat kamu
Coretan sepi ini aku titipkan untuk kamu
Nota cinta ini aku susunkan khas untukmu
Ahh, otak ini sudah karat untuk terus melakar kata-kata
indah
Untuk ayat-ayat jiwa dari terus dimuntah
Benarlah kata pujangga yang bermadah
Untuk meluahkan ternyata memang payah.
Ia bukanlah sesuatu yang mudah
Untuk terus menyimpan rasa yang kian gundah
Namun hidup ini tak kenal erti kalah
Selagi ada masa dan kudrat tabah
Aku dengan sedaya akan terus gagah
Ke depan aku mara melangkah
Dengan harapan tanpa menyerah
Berharap aku setinggi langit
Di dalam gelap jiwa aku menjerit
Kerana rindu ini kian menggamit
Tiap detik, setiap bait
Dalam diam aku tertarik
Jatuh bangun aku tercekik
Atas nama rindu dalam luluh hati yang kian melekit
Jauhnya kita terpisah benua
Terpisahnya kita kerana usaha mengejar cita
Walau dah berkurun tidak bersua
Namun cinta ini tak pernah dimamah usia
Kerana untuk kamu ketahui
Cinta ini takkan pernah mati
Takkan pernah lupus, takkan sekali
Betapa aku rindukan manis senyum kosong
Milikmu yang mampu buat aku terdorong
Terus terbuai dengan ilusi bengong
Tak kurang juga dengan gelak tawa itu
Yang kedengaran seolah lagu
Dari irama cinta yang mendayu
Aku rindukan bunyi derap langkah
Tiap gerakmu kelihatan gagah
Dengan dagu tinggi menongkah
Juga cara kamu santap
Yang buat aku ingin terus menatap
Membilang indah gerakanmu setiap.
Aku cinta kamu,
Selamanya kamu,
Hanya kamu,
Juara carta hati aku.